Tuesday, July 1, 2008

JK Majlis Ilmu-Ukhwah.com



jk MAJLIS ILMU

2 mac 2008 - ahad jam 9-12 tengah hari

tempat : masjid putra nilai, n9. ( berhadapan dengan pusat asasi matrikulasi UIA, nilai)

tajuk kupasan ceramah..

1)Al quran dan perubatan islam

2)cara-cara pertahanan diri dan kediaman

3)kewajipan berdakwah panel : al fadhil.. UStz. Mohamad Adnan Ibnu Abdul Adil

Jwtn : Pendakwah Bebas..Freelance daie

anjuran www.ukhwah.com

-sabAr & syUkur-


Sabar dan Syukur


Inilah pandangan hidup Muslim sejati

dan yang bertakwa kepada Allah.

Seorang Muslim yang beriman menginsafi bahawa dia tidak terlepas daripada sunah kehidupan yang sedang berlangsung di bawah ketetapan dan kehendak Ilahi. Dia seterusnya memandang bahawa setiap ujian Allah merupakan timbangan amal dan akan memberikan kesempatan padanya untuk terus melipat gandakan koleksi amaIan solehnya ke hadrat Allah. Dalam setiap keadaan apa pun, apabila senang dia bersyukur dan apabila susah pula dia bersabar.


Pendek kata, dia tidak berasa sedih hati ketika ditimpa sesuam yang kurang menyenangkan dan dia juga tidak terlalu gembira.

ketika memperoleh kesenangan. Dari sini lahirlah ketenangan hati kerana hati seorang Muslim sentiasa teringatkan Allah pada setiap masa dan keadaan. Ketenangan jiwa,kesejahteraan hidup dan kebahagiaan ukhrawi merupakan matlamat sebenar

yang ditujui oleh setiap Muslim yang beriman.


Oleh sebab itu, setiap ujian Allah sama ada

berupa nikmat mahupun musibah, kesemuanya merupakan asam garam

dan rencah kehidupan dunia semata-mata. Ia akan memantapkan lagi keimanannya kepada Allah, menyuburkan lagi ketakwaan dan memudahkan jalannya menuju keredaan Ilahi.


Akhirnya, ganjaran syurga penuh kenikmatan

menanti kedatangan orang-orang yang bersabar dan bersyukur dengan penuh ikhlas ke hadrat Allah.


Penulis, Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Antara Nikmat dan Musibah


Antara Nikmat dan Musibah
In The Name of Allah The Most Gracious Most Merciful.


HARI demi hari berlalu pergi,bulan demi bulan silih berganti.Begitulah sunah kehidupan yang akan terus berlangsung. Waktu pula akan menghakis setiap usia makhluk yang menghuni alam ini. Apa sahaja dan sesiapa pun jua tidak ada yang kekal abadi. Yang kekal hanyalah Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Malah hubungan antara sesama manusia pun akan sampai kepada nokhtah terakhirnya. Apabila ajal datang menjemput roh manusia, maka tidak ada apa yang masih berbaki melainkan amal ketaatan , sedekah jariah dan doa anaknya yang soleh. Kematian itu merupakan sesuatu yang benar dan pasti datang. Tidak ada makhluk pun yang mengetahui rahsia dan hakikatnya yang sebenar. Ia tidak dapat dipercepatkan mahupun ditangguhkan meskipun sedetik cuma. Ia tetap akan menghampiri setiap makhluk pada setiap masa dan di mana juga ia berada. Yang paling pentingnya kehidupan dan kernatian yang menghiasi pentas dunia ini sebenarnya satu ujian daripada Allah.


Firman Allah yang bermaksud:
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amaInya. Dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang orang yang bertaubat).

(Surah at Mulk : 2)


Mafhum ayat suci menjelaskan bahawa dunia ini ibarat satu perjuangan hidup yang sengit.

Allah menciptakan alam ini sarat dengaii ujian demi ujian sebagai satu kelayakan untuk melahirkan insan yang paling baik amaInya, tinggi nilai kesabarannya, jitu darjat keimanannya dan yang terpuji akhlaknya . Pendek kata, neraca piawaian yang menjadi pertimbangan di sisi Allah ialah kualiti amal bukannya kuantiti amal. Hikmah di Sebalik Musibah Kehidupan dunia ini pada umumnya dihiasi pelbagai rentak dan ragam manusia. Ada wajah ceria yang penuh tawa ria dan ada pula wajah muram yang penuh tangisan dan duka nestapa. Kebahagiaan dan kesejahteraan adalah wajah dunia yang menjadi impian setiap insan manakala musibah dan kesengsaraan pula adalah wajah dunia yang amat digeruni oleh setiap makhluk yang bernyawa. Yang pastinya setiap makhluk tetap pasti akan melaluinya berdasarkan ketentuan Ilahi yang Maha Berkuasa. Kedua duanya merupakan ujian Allah (kebahagiaan dan musibah) yang dihamparkan di seluruh pelosok bumi untuk menguji, menapis dan memilih di kalangan manusia yang benar benar beriman, beramal dan bertakwa ke hadrat Allah.


Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Sungguh menakjubkan sifat dan keadaan orang Mukmin, seluruh urusan kehidupannya mengandungi kebaikan dan hal tersebut tidak terdapat pada orang lain. Orang Mukmin jika diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, kemudian dia bersyukur maka hal itu menjadi kebaikan baginya, sebaliknya jika dia ditimpa musibah, kemudian dia bersabar maka hal yang demikian juga merupakan kebaikan baginya." (Hadis riwayat Ahmad)


Perlu diinsafi bahawa ujian Allah ke atas makhluk Nya ada bermacam macam jenis, ada yang berbentuk nikmat dan ada juga yang berbentuk musibah. Kenyataan ini ternyata menolak tanggapan dan pemahaman umat Islam yang menyempitkan skop ujian Allah kepada musibah dan bala. Sedangkan kurniaan nikmat, kesenangan, kesihatan, kemewahan harta dan lain lain lagi juga termasuk dalam senarai ujian Allah terhadap makhluk Nya. Kehidupan yang dilalui oleh setiap manusia di permukaan bumi Allah ini tidak terlepas daripada naik dan turun, pasang dan surut, senang dan susah, sukses dan gagal serta gembira dan sedih.


Sehubungan itu Allah berfirman maksudnya: "Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa peristiwa kemenangan atau kekalahan) Kami gilirkan ia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya)." (Surah Ali "Imran : 140)


Manakala musibah pula merupakan ujian Allah yang ditimpakan kepada setiap makhluk sesuai dengan kualiti iman dan keyakinannya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari yang bermaksud: 'Saad bin Abi Waqqas bertanya: Siapakah orang yang paling berat sekali ujiannya ? jawab Rasulullah: Para nabi, kemudian orang-orang yang seumpama dengan mereka' Rasulullah merupakan contoh terbaik dalam hal ini yang menghadapi pelbagai jenis ujian dan rintangan, malah ancaman sepanjang perjalanan hidupnya untuk menegakkan kalimah Allah di bumi Allah ini.


Kemudian, para sahabat Rasulullah menampilkan peribadi cemerlang dalam mendepani sebarang dugaan dan cubaan hidup dalam merealisasikan ketuanan Islam di alam maya ini. Seterusnya umat Islam dewasa ini sewajarnya bersabar menghadapi musibah yang ditimpakan Allah kepada mereka dan berusaha mencari sebab musababnya agar dapat ditemui jalan keluar dan penawarnya serta berusaha menghilangkan musibah tersebut. Yang paling penting sekali, umat Islam sewajibnya menginsafi dan menyedari serta mengambil iktibar supaya musibah tersebut tidak berulang kembali pada masa masa akan datang.


Di sarnping itu, Rasulullah tidak ketinggalan mengajar umatnya supaya mengamalkan doa yang ma'thur dibaca ketika menghadapi musibah yang besar mahupun yang besar. Doa tersebut lebih dikenali sebagai istirja yang bermaksud penyataan kembali kepada Allah iaitu, "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Nyalah kami akan kembali. Ya Allah! Berikanlah kepadaku pahala dalam musibah yang menimpaku ini dan berikanlah kepadaku ganti yang lebih baik daripadanya. (Hadis riwayat Muslim)


Thursday, June 19, 2008

Haiya a'las sOLah !!


Cecahkan Dahimu Ke Sejadah
Untuk peringatan buat diri sendiri dan
kawan2 serta saudara-mara yang dikasihi.


Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan

Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakan solat jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah ,

Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus


Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan ulat.

Iringilah dirimu ke masjid

Sebelum kamu diiringi ke pusara.

Tangisilah dosa-dosamu di dunia

Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.


Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi.


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada

Kamu tetap memijak di bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan

Serta menikmati rezeki Tuhan.


Justeru bila Dia menyeru ,

sambutlah seruan-Nya

Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah

Lalu menjadi seketul daging

Lalu daging itu membaluti tulang

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu


Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk ,

itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu

Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.


Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"

Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"

Jalan kemenangan akhirat dan dunia.

Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan

Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta,

tahta dan putera Isteri ,

kad kredit dan kereta Kondominium ,

saham dan niaga


Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.