Thursday, June 19, 2008

Haiya a'las sOLah !!


Cecahkan Dahimu Ke Sejadah
Untuk peringatan buat diri sendiri dan
kawan2 serta saudara-mara yang dikasihi.


Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan

Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih

Walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakan solat jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah ,

Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus


Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan ulat.

Iringilah dirimu ke masjid

Sebelum kamu diiringi ke pusara.

Tangisilah dosa-dosamu di dunia

Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.


Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan

Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi.


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada

Kamu tetap memijak di bumi Tuhan

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan

Serta menikmati rezeki Tuhan.


Justeru bila Dia menyeru ,

sambutlah seruan-Nya

Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah

Lalu menjadi seketul daging

Lalu daging itu membaluti tulang

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu


Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk ,

itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu

Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.


Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"

Dengan penuh rela dan bersedia

Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"

Jalan kemenangan akhirat dan dunia.

Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan

Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta,

tahta dan putera Isteri ,

kad kredit dan kereta Kondominium ,

saham dan niaga


Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.